Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

2nd Pregnancy: Jumpa Dietation dan Iberet Folic 500

$
0
0

Hampir dua bulan makan ubat Iberet Folic ni gara-gara kurang darah/ HB masa mengandung ni. 
4 kali result darah HB kurang dari 11...!! nastijahnya checkup dua minggu sekali..!!
akhirnya kena jumpa Pegawai Zat Makanan.






Bila jumpa Dietation, dia kata ubat Iberet ni ubat paling kuat sekali untuk tambah darah! dia macam pelik makan Iberet tapi HB tak naik-naik...huhuhu

Tips dia bagi, makan ubat Iberet ni masa perut kosong, 2 jam selepas/sebelum makan dan minum dengan air suam+perahan limau/lemon. vitamin C yang ada supaya penyerapan iron lebih cepat berlaku.

Dah usaha buat seperti yang Dietation sarankan.. elakkan kaffein/susu dalam masa 2 jam selepas atau sebelum makan, makan makanan sihat, tambah darah.. darah untuk thalasemia pun dah ambil.

monitor jelah keputusan setiap dua minggu checkup tu.. mudah-mudahan adik baby sihat, sempurna dan selamat bila mama melahirkannya kelak. Amin..

baru makan epal hijau banyak-banyak. nampaknya HB dah naik 11gm.. tengok nextweek checkup pula..


Posted via Blogaway




Viewing all articles
Browse latest Browse all 937