Today is the day!!

Cinta 13 Tahun :)
Siapa sangka bermula dari persahabatan semasa di tingkatan satu akhirnya menimbulkan rasa cinta di hati kami.. Banyak kot dugaan bercinta lama-lama ni.. kalau nak ikut putus, gaduh tu memang banyak kali dah. Tapi tetap tabahkan hati nak sambung balik hubungan tu. Sayang kot nak lepaskan bila dah bertahun cipta hubungan. tapi Alhamdulillah berjaya juga bercinta bertahun-tahun sampai ke jinjang pelamin.
selama 13 tahun ni juga daku pun dah cukup masak dengan asam garam berjauhan! jadi bila berjauhan kami selalu amalkan KEPERCAYAAN dan KESABARAN. sebab tu dapat bertahan lebih lama. Alhamdulillah mungkin dah jodoh juga kot.
Semoga perhubungan ni terus mekar mewangi dan kekal rapi dalam kotak ingatan dan takkan pernah luput di mamah waktu..
Moga Perkahwinan yang hampir 4 tahun ni berkekalan hingga ke Jannah Allah.. Amin ya robbal alamin...
baca lagi,