Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all 937 articles
Browse latest View live

Bagaimana Tingkatkan Hb Untuk Ibu hamil

$
0
0

Stress!! Setiap kali checkup hb semakin menurun atau masih dibawah paras normal. 

Tau tak apa risikonya mempunyai hb yang rendah?

  • Boleh pitam secara tiba- tiba 
  • Merasai keletihan dan kelesuan melampau 
  • Mungkin akan dimasukkan ke wad 
  • Mungkin akan menerima darah tambahan daripada pihak hospital 
  • Mengalami tumpah darah semasa melahirkan anak 
  • Terpaksa menerima suntikan inferon di punggung 
  • Anak yang dilahirkan pramatang/ cacat 

Menyedari risiko dengan bacaan hb yang semakin menurun, berbagai usaha di lakukan untuk menaikkan bacaan hb.

Mujurlah ada Vitalea with iron formula dan B-complex ini. 



VITALEA WITH IRON FORMULA - Multivitamin lebih-lebih lagi untuk ibu hamil. Kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari selepas sarapan.

B Complex - Lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. 


Vitalea ni recomended sangat untuk ibu hamil. yang selalu kena marah dengan misi sebab hb rendah.. Vitalea ni bagi paras hb jadi cun!!


***************



Berminat!! untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee?
sudi-sudikan hubungi Azizah

WhatsApp / SMS / Call: 0132378013
PM Facebook : Azizah Green Line



2nd Pregnancy Diary: 16 Minggu Dah Rasa Pergerakan Baby

$
0
0


Adikbaby ligat menendang perut mama..
Hakimi letak tangan kat perut mama pegang dan rasa..sambil cakap

Mimie: "mam..ma ada baby..!!"

Adikbaby tendang tangan abangnya pula

"Mimie: baby..mam..ma sakit...!!"

Alahai... comel n penyayangnya kamu ni abglong hakimi.. adik lahir nanti abg hakimi kena jaga tau! Cukup la buangkan pampers adik. Hahaha 

****************


Sedari usia kandungan 16 minggu mama dah rasa pergerakan adikbaby.. Masa abg hakimi dulu 5 bulan baru rasa..Mula mula rasa seolah-olah rama-rama berterbangan dalam perut...



Ini semua aktiviti adikbaby dalam perut mama! Makin hari makin aktif adikbaby kick mama.. berombak ombak meletup letup bagai..

Bila abglong hakimi letak tangan nak rasa, adik pula diam. Bila alih tangan gerak pula.. pemalu rupanya adikbaby ni ye..

lagi tiga bulan anak mama nak keluar kan.. keluar dengan mudah, selamat dan sihat ye sayang.. InsyaAllah jika di izinkan Allah...




Apa Itu Apendiks

$
0
0

Apa Itu APENDIKS....


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung bentuk tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).




Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).

Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.

Punca dan Simptom APENDIKS...

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appendik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.




Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.

Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

Faktor Penyebab APENDIKS...

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh : 

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik 
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain . 

Pada kedua-dua kes, ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah. Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

Simptom - Simptom APENDIKS...

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa. Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti : 

Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. 

Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk. 

  • Loya dan muntah-muntah 
  • hilang selera makan 
  • sembelit 
  • sukar membuang angin 
  • cirit-birit 
  • bengkak pada abdomen 
  • demam 

Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut. Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang. Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

Bila Perlu Jumpa Doktor...

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Komplikasi APENDIKS...




APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appendik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit. 

PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis). 

Rawatan yang dibuat...





PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.


*** Teringat pengalaman buat pembedahan appendiks tahun lepas.. boleh baca sini Pengalaman Appendiks



Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram

$
0
0


• Dibaca sebanyak 3x selepas solat/waktu asar tetapi sebelum masuk waktu maghrib. 
• Boleh dibaca secara berjemaah atau sendirian di mana jua kita berada.




• Dibaca sebanyak 3x selepas solat fardhu maghrib.
• Boleh dibaca secara berjemaah atau sendirian di mana jua kita berada.




Salam Maal Hijrah 1437H




Kitchen Cabinet Idaman

$
0
0

Rumah dah hampir siap! tinggal nak dapat kunci jer...!! bila agaknya tuhhh!
confirm la hati berbunga-bunga nak deko rumah tu pula. dalam kepala otak ni dah pikir macam-macam nak buat.. nak buat kitchen cabinet lah.. nak buat wardrobe dalam bilik la.. nak buat partition antara ruang makan dan dapur la.. haihh macam-macam!

kalau boleh masa dapat kunci nanti. nak suruh contractor buat semua ni. hahaha amboii banyak sangat duit nak buatnya.. huuu~

Benda pertama nak buat Grill!! Then Kitchen Cabinet. Sekarang ni memang gigih google KC yang menawan hati. jadi inspirasi untuk rumahku syurgaku :)



ini ruang dapur "Rumahku Syurgaku". kecik je kan..huhuhu


so.. mari kita main angan-angan design menarik untuk dapur comel ku nanti :)












Tapi sinki daku depan tingkap 1 panel. terhad pula nak pasang dua singki kan.
lagi pula agak terhad sebab ruang dapur dan ruang makan takde partition. tu sebab kalau boleh nak ada breakfast counter/island counter  di antara ruang makan dengan dapur.


Moga di permudahkan la nanti... 


2nd Pregnancy: 24 Weeks Pregnant

$
0
0



Alhamdulillah adikbaby semakin aktif menendang.. beroller coster dalam perut mama.. lasak sungguh!

Semalam checkup 6 bulan.. berat mama pun dah 51kg! Phewww~~ selera makan menjadi jadi betul! 

Dah jadi rutin checkup 2 minggu sekali sebab HB rendah.. redha jela kena cucuk setiap 2mggu.

Injection ATT booster sudah! Terasa lenguh lagi tangan belah kiri ni..huhuhu
Minum air gula MOGTT pun sudah.. result normal. Alhamdulillah..

Boleh dah siapkan barang2 adikbaby sikit2.. dah boleh keluarkan baju abg hakimi masa newborn dulu. Excited!

Abg hakimi faham adikbaby dalam perut mama ni.. suka sangat dia kiss bila adik gerak2..nampak je gambar scan adikbaby suka sangat dia tengok. Moga dia sayang adiknya nanti. Amin..

Anemia In Pregnancy

$
0
0


Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

  • - Badan letih dan lesu
  • - Kulit kelihatan pucat
  • - Sering hilang fokus
  • - Semput
  • - Sakit kepala dan pening
  • - Jantung berdebar dengan cepat
  • - Sering lupa
  • - Tersangat kurus
  • - Loya

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :
  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut


Moga Allah permudahkan segala urusan



Bau Masam Anak

$
0
0

Inilah bila dah jadi ibu.. pagi-pagi bau masam kepala anak.. air liur basi nya pun sanggup cium..!! syurga sangat! Hahaha

Korang cam tu juga ke...

2nd Pregnancy: Tips Minum Air Gula (MOGTT)

$
0
0

Ujian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MOGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada seseorang ibu mengandung tu menghidap diabetes@kencing manis semasa mengandung. Ujian ni selalu dibuat kepada golongan2 ibu mengandung yang berisiko seperti:


- sejarah keluarga yang menghidap diabetes (terutamanya ayah & ibu)
- kenaikan berat berlebihan bagi ibu mengandung
- kehamilan pada usia yang lanjut 


Biasa ibu hamil kena buat ujian MOGTT ni 2 kali dalam 14 minggu dan 28 minggu usia kandungan.

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

→Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak mungkin. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran. Mula puasa jam 10 malam
→Minum air gula dalam keadaannya suam. Sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
→Minum sekaligus air gula itu. Jangan minum sedikit demi sedikit kerana ini akan buat kita rasa loya.
→Selesai minum air gula, kumur mulut untuk menghilangkan kemanisan air gula didalam mulut.
→Jika mahu pitam,berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian.
→Selepas ujian darah kali kedua dijalani, jangan terus makan makanan berat. Mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti.


Pengalaman sendiri:

Minum air gula masa kandungan 24 minggu. itu je lah satu kali!
(Di sebabkan diri sendiri cik misi) Jam 8 am, minta kawan ambilkan darah pre MOGTT di bahagian lengan, then minum air gula kat wad. Air gula tu sendiri ambil kat wad bersalin. 1 pek 75gm gula dan bancuh dalam 250ml air.. 
Tunggu 2 jam, 10 am ambil darah balik untuk post MOGTT.


Result:


Berpuasa : 3.7mmol
Lepas 2 jam minum air gula : 4.4mmol

rendah pula??
nasib la tak kena repeat balik.. hohoho


Alhamdulillah bebas kencing manis masa mengandung!




Demam Kepialu (TIFOID)

$
0
0

Demam kepialu ditularkan melalui makanan dan minuman tercemar dengan najis yang mengandungi bakteria Salmanella Typhi





Orang lain di nasihatkan mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan yang di ambil, pilih gerai makan yang bersih, Membasuh tangan sebelum dan selepas ke tandas.





Sekiranya mengalami gejala demam kepialu, di nasihatkan segera membuat pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran dan mencegah dari penularan penyakit ini.



Kencing Kotor Di Kalangan Wanita

$
0
0

Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing.
Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka.

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis kuman, terutamanya E.coli. Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling dubur.

Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.

Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan intim.

Jadi pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan intim dengan suami. Cuba buang air kecil, bagi mengosongkan pundi kencing yang mungkin mula dimasuki bakteria. Bersihkan kemaluan dengan pencuci yang disyorkan.


TANDA-TANDA KENCING KOTOR
1.Kencing dengan kerap
2.Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
3.Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
4.Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
5.Kencing berdarah atau kencing yang berbau
6.Demam sederhana


Gejala lebih serius pula akan berlaku apabila jangkitan telah melintasi pundi kencing dan memasuki buah pinggang. Antaranya adalah:

1.Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
2.Loya dan muntah
3.Sakit di bahagian belakang pinggang


TIPS MENGELAKKAN KENCING KOTOR

1.Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda

2.Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2

3.Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air

4.Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

5.Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.

6.Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.

7.Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8.Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid

9.Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat

Home Progress: Progress Oktober 2015

$
0
0

Baru berpeluang tengok progress rumah. Nampaknya tiada beza.. emm so sad -_-"




Home Progress rumah setakat oktober ni..

1. Jalan baru nak ratakan
2. Tiang elektrik, kabel elektik dah ada
3. Tinggal pasang meter air
4. Dah ada nombor rumah!


Moga di permudahkan percepatkan urusan perpindahan rumah baru ni.. tapii nak beranak ke nak pindah rumah baru dulu ni?? hohoho




Baru Dapat LOG IN Akaun Nuffnang Yang Di Sekat

$
0
0

Lama sangat tak log in akaun nuffnang. 
sampai sekarang tak boleh buka web nuffnang guna laptop. ini pun guna handphone baru boleh masuk..
Tapi, Bila nak log in nuffnang page ni pula keluarnya.. 
Lalu, terbaca blog ciksu terus cuba ikut cara dia buat. Alhamdulillah berjaya!


Cara Log In Nuffnang yang di sekat..

1/ Buka web nuffnang untuk log in





2/ Klik ADVANCED dan klikPROCEED TO LOGIN NUFFNANG.COM (UNSAFE) seperti di gambar di bawah




pastu boleh dah log in nuffnang macam biasa.. yeyy!
terima kasih ciksu! 


dan dah boleh cashout nuffnang..hahahaha :p

Rawatan Anak Menangis Waktu Malam

$
0
0

Susah hati bila anak menangis malam-malam tanpa sebab bukan..
sakit perut bukan..dah bagi susu, tukar pampers pun masih menangis.. buntu!


Sekiranya tiada masalah di atas, kemungkinan dari gangguan jin yang di panggil sawan tangis!





Ambil segelas air, baca:
  • Alfatihah
  • Ayat Kursi
  • Surah Al Ikhlas 3x
  • Surah Annas
  • Surah Al Falaq
  • dan Surah Sad ayat 77-78 3x


basuh muka anak dan beri anak minum kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.





Jika masih menangis, azan di telinga kanannya sehingga 7x tapi jika sekali azan dah berhenti menangis, cukuplah sekali saja!


Moga bermanfaat buat ibu-ibu yang mempunyai anak masalah begini. Selebihnya Allah yang menentukan!

Cashout Nuffnang

$
0
0

Dari bulan April 2014 lagi akaun nuffnang tak bercashout. Lebih-lebih lagi akaun nuffnang di sekat pula hari tu.. terus tak dapat nak log in. 




Dari Apr 2014 sampai hari ni dapat la RM80.. Jumlah terkumpul selama SETAHUN Lebih!!daku repeat SETAHUN ok!  jadilah dari takde langsung kan.. hahaha





Lagipun blog bukan retis, tahu dah jumlah dalam akaun tu tak banyak mana.. nak dapat RM1 pun susah. Dulu zaman kegemilangan pernah la dapat sampai RM1400 untuk nuffnang. Bila dah ada anak dah kurang masa untuk berblog. Sekarang readers 100-300 je sehari.. huhuhu  yang penting minat berblog.. tak gituu??


cashout hujung bulan ni, nanti bulan depan dah dapat cek. harap-harap sampai dengan selamat :)





dah tinggal RM0. tapi masih ada 8 CPUV yang tengah on going. harap harap naik la jumlah earning tu.. Amin.. hehe

Terima kasih nuffnang!


Posted via Blogaway





Dear Husband.. Happy Birthday To You!

$
0
0



To my husband,

Your birthday gives me another chance to tell you that you mean more to me than anything else in the world.

I love you and i know i always will. May you blessed with all that you have ever dreamt of.

Happy birthday and have a lovely day my hubby!

❤ Happy birthday 27 years old ❤


Senarai Semak Keperluan Bayi Baru

$
0
0

Setiap ibu mahupun bapa excited nak shopping barangan bayi buat kali pertama. 
pastikan tiada pembaziran berlaku ketika membuat persediaan untuk bayi tersayang. checklist yang lengkap memudahkan urusan membeli barangan bayi dengan lebih teratur.

ini panduan Senarai Semak Keperluan Bayi Baru Anda



sumber google



semoga dengan list ini para ibu dapat merancang pembelian barangan anak dengan lebih teratur dan menjimatkan. 

dulu anak pertama mmg betul ikut checklist ni.. jadi semua dah ada boleh di guna pakai..untuk anak kedua ni cukup lah diapers dan wipes! hahahaha jimattt :p



2nd Pregnancy: Kalau Ibu Berseri Itu Anak Perempuan??

$
0
0


Pernah dengar tak kalau ibu mengandung berseri seri mengandungkan anak perempuan? tapi setahu daku kalau muka ibu berseri anak lelaki sebab kalau anak perempuan seri anak yang ambil dan ibu kelihatan tak berseri..

Tapi, Pregnantkan anak kedua ni suka sangat melawa walaupun muka tak lawa mana pung! LOL!
dari awal-awal mengandung suka beli tudung baru, jubah baru, baju baru.. sampaikan mak bising:

Mak: ni anak perempuan ke.. suka sangat melawa. kejap beli tudung.. kejap beli jubah
Daku: kalau anak perempuan camni ke gayanya mak??
Mak: diam.. 

hahahaha  :p

dan kadang-kadang bila keluar berjalan pun suka melawa walaupun sekadar calit lip ice je.. Lol!



yang daku perasan suka sangat makan manis-manis. 
adik baby suka tendang belah kiri dan perut kelihatan lebar. 


wallahualam walaupun harapan mama tinggi untuk dapatkan anak perempuan tapi selebihnya Allah yang menentukan. lelaki atau perempuan yang keluar nanti mama terima seadanya.. janji sihat, selamat dan mudah di lahirkan.. Amin..



Ambil Darah Dua Minggu Sekali

$
0
0

Dari mengandungkan abglong hakimi lagi. Hb mama tak pandai naik sampai 11.. duk maintain 10 gitu je. 

Bila adikbaby pula.. pun sama.. alahaiii nakk..!!
sepanjang mengandungkan adikbaby hemoglobin/darah merah mama:

10weeks = 11gm
13weeks = 11gm
17weeks = 10.9gm
20weeks = 10.8gm
22weeks = 10.9gm
24weeks= 10.4gm
27weeks = 11gm


Tu pun dah banyak kali episod hampir pitam masa bekerja. kawan tegur muka kuning pucat! Dah tu terpaksa lah checkup dua minggu sekali sebab hb low. Sobb~ tiap-tiap dua minggu ambil darah masa checkup.. psstt!! lali dah tangan ni dengan jarum jemarum! nasib la jenis urat senang timbul.. huhuhu! tu pun bengkak dah...

Macam-macam makan makanan dah.. vitamin 3 serangkai, vitalea shaklee, hati ayam, bayam, jambu batu, buah delima, kerang. result masih sama..

Doktor bekalkan ubat IBERET dah cukup kuat tu..n ada appointment dengan Dietation pun dah pergi.. result masih juga sama... emmm -__ -

Dan ada juga yang suggest cek darah thalasemia. sebab bila ada thalasemia zat besi tak boleh nak serap dalam badan. so kita tunggu la result darah 2 minggu lagi.. emm


sekejap je dah 7 bulan mengandung!

Posted via Blogaway




Cinta 13 Tahun

$
0
0

Today is the day!!




Cinta 13 Tahun :)


Siapa sangka bermula dari persahabatan semasa di tingkatan satu akhirnya menimbulkan rasa cinta di hati kami.. Banyak kot dugaan bercinta lama-lama ni.. kalau nak ikut putus, gaduh tu memang banyak kali dah. Tapi tetap tabahkan hati nak sambung balik hubungan tu. Sayang kot nak lepaskan bila dah bertahun cipta hubungan. tapi Alhamdulillah berjaya juga bercinta bertahun-tahun sampai ke jinjang pelamin.


selama 13 tahun ni juga daku pun dah cukup masak dengan asam garam berjauhan! jadi bila berjauhan kami selalu amalkan KEPERCAYAAN dan KESABARAN. sebab tu dapat bertahan lebih lama. Alhamdulillah mungkin dah jodoh juga kot.






Semoga perhubungan ni terus mekar mewangi dan kekal rapi dalam kotak ingatan dan takkan pernah luput di mamah waktu..

Moga Perkahwinan yang hampir 4 tahun ni berkekalan hingga ke Jannah Allah.. Amin ya robbal alamin...


baca lagi,




Viewing all 937 articles
Browse latest View live