Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

3rd Pregnancy Diary: Minum Air Gula

$
0
0


Ujian air gula atau nama lainnya Modified Glucose Tolerance Test (MOGTT) dijalankan untuk mengenal pasti sama ada seseorang ibu mengandung tu menghidap diabetes@kencing manis semasa mengandung. Ujian ni selalu dibuat kepada golongan2 ibu mengandung yang berisiko seperti:


- sejarah keluarga yang menghidap diabetes (terutamanya ayah & ibu)
- kenaikan berat berlebihan bagi ibu mengandung
- kehamilan pada usia yang lanjut 


Biasa ibu hamil kena buat ujian MOGTT ni 2 kali dalam 14 minggu dan 28 minggu usia kandungan.

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

→Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak mungkin. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran. Mula puasa jam 10 malam
→Minum air gula dalam keadaannya suam. Sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
→Minum sekaligus air gula itu. Jangan minum sedikit demi sedikit kerana ini akan buat kita rasa loya.
→Selesai minum air gula, kumur mulut untuk menghilangkan kemanisan air gula didalam mulut.
→Jika mahu pitam,berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian.
→Selepas ujian darah kali kedua dijalani, jangan terus makan makanan berat. Mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti.


Pengalaman sendiri:

Minum air gula masa kandungan 24 minggu. itu je lah satu kali! Alhamdulillah :)
(Di sebabkan diri sendiri cik misi) Jam 8 am, minta kawan ambilkan darah pre MOGTT di bahagian lengan, then minum air gula kat wad. Air gula tu sendiri ambil kat wad bersalin. 1 pek 75gm gula dan bancuh dalam 250ml air.. 
Tunggu 2 jam, 10 am ambil darah balik untuk post MOGTT.


Result:




Berpuasa : 4.5mmol

Lepas 2 jam minum air gula : 5.7mmol

Tinggi sikit tetapi masih dalam range normal. Alhamdulillah bebas kencing manis!!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 937