Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Tips Berpantang Pembedahan (Czer)

$
0
0

Anak pertama daku bersalin secara pembedahan. Alhamdulillah tak la seteruk yang di sangkakan cuma perlukan penjagaan yang rapi. Anak kedua pula bersalin secara normal. Dari sini tahu perbezaan bersalin czer dan normal. dan terus terang katakan bersalin normal lagi mudah di jaga berbanding czer!

Mari daku nak kongsikan Tips Berpantang Secara Czer!
lebih kurang juga macam page ni katakan:


Tidak di nafikan pati ikan haruan sangat baik untuk pembaikan tisu-tisu luka dalaman. Jika boleh ambil ikan haruan yang fresh di buat sebagai lauk pantang.


sebab ada pendapat mengatakan makan pati haruan/ jeli gamat akan menyebabkan luka luaran cepat sembuh tetapi dalaman tidak.  seboleh-bolehnya ambil selepas 2 minggu bersalin.


Luka pembedahan hendaklah sentiasa kering untuk elakkan pembiakan bakteria jika kawasan terlibat lembap seterusnya akan menyebabkan luka pembedahan bernanah dan terjadinya jangkitan. sebaik-baiknya lap kering dengan tuala bersih ke kawasan luka pembedahan atau anginnkan depan kipas/hair dryer




ini paling seksa sekali. bila nak bersin atau batuk. terasa sakit kat luka pembedahan. jadi jika nak terbatuk dan bersin ampu tempat luka pembedahan itu dengan bantal untuk bagi sokongan kat parut czer supaya benang tak tercabut.



Untuk sebulan pertama berpantang tu elakkan makanan yang gatal seperti telur, ayam. Perbanyakkan makan buah sunquick sebagai vitaman C dan minum air masak yang banyak! Teringat lagi masa tu dah 3 bulan bersalinkan anak pertama makan seafood.. nahh habis bisa dan alergik badan gatal-gatal jadi susah nak nafas. 


Elakkan sapu minyak gamat/angin/jeli gamat ke kawasan parut czer. Ini akan melambatkan penyembuhan luka dan parut kekal.


Jangan banyak bergerak bersalin czer ni. sebab ia akan melambatkan proses penyembuhan luka pembedahan. 





Dan paling-paling penting sekali! Jangan angkat barang atau sesuatu yang berat walaupun anak sendiri! Nampak dah sihat dan kuat tapi luka dalaman kita tak tahu.. Percaya atau tidak even anak dah 3tahun pun sakit belakang sebab bius czer masih terasa!!


Luka parut pembedahan luaran memang nampak baik tapi dalaman kita tak tahu. Sebaik-baiknya pantang la betul-betul untuk kesihatan diri sendiri. sekarang mungkin tak rasa.. tunggu umur 40an masa tu dah sakit-sakit badan..







Viewing all articles
Browse latest Browse all 937