Mama dah naik stress dah la rumah baru duduk, nak raya pula tu si anak bujang mama hakimi tu boleh pula buat projek lukisan pulaaa...buntu mama nak hilangkan hasil lukisan tu macam mana -_-"
stress sampaikan mama rasa nak cat rumah atau pasang wallpaper, sampai pergi Kaison kat Melaka nak cari wallpaper!!
nasib baik mama terjumpa petua ni.. Alhamdulillah lega.. mama sukaa!!
DIY Hilang Kesan Conteng Di Dinding
soda bikarbonat
span basuh pinggan
gayung/besen
air paip/biasa
1. Korang ambil sesudu soda bikarbonat campur dengan air paip/air biasa..
2. ambil la span basuh pinggan, sental kat dinding yang comot penuh contengan tu..
3. then ambil kain lap, lap la sikit..dan tengok la hasilnya..
Ni nak raya mesti nak bersih2 rumah kan.. nak beli cat mahal plus takde sapa nak mengecatkan.. so guna laa teknik ni..
Alhamdulillah lega hati mama, dinding dah bersih... yeyyy!!
sila buat cepat sebelum rayaa!!