Kita sebagai suri rumah seringkali berperang dengan pelbagai serangga di dalam rumah terutamanya di dapur.
Pelbagai cara untuk menghalau serangga dengan cara moden sekali pun. tapi apa kata kita cuba pula petua ini dulu.. kalau menjadi ia dapat jimatkan kos juga :)
Tips 1 Semut & Lipas dalam kereta
Daun pandan di simpul simpan dalam kenderaan anda
Tips 2 Semut Bekeliaran
Semburkan air sabun di tempat semut yang banyak untuk beberapa hari
Tips 3 Halau tikus
Letakkan lada hitam di laluan tikus berkenaan
Tips 4 Anai anai
Campurkan garam,air bersama tanah dan renjis di sarang anai-anai
Tips 5 Lalat
Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan letak di sudut tempat makan
Petua ni banyak menggunakan bahan sedia ada di rumah. Mana yang boleh di ikut, boleh la cuba untuk halau serangga berkenaan. Tak salah mencuba...
Posted via Blogaway
↧
Petua Menghalau Serangga di Rumah
↧