Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Teratak Az: Dah Dapat CF atau CCC

$
0
0




Certificate of Completion and Compliance atau CCC adalah Perakuan Siap dan Pematuhan. Dulu –dulu dipanggil Certificate of Fitness for Occupation atau CFO/ CF iaitu Perakuan Kelayakan Menduduki. Bila dah dapat CF itu tandanya rumah kita dah dapat Perakuan Siap dan Pematuhan di mana rumah dah disiapkan memenuhi ciri- ciri kesihatan, keselamatan dan kemudahan yang ditetapkan. Antara aspek yang dilihat seperti jalan (akses), struktur rumah, pembentungan, bekalan air & elektrik dan lain-lain.

Hanya sekeping kertas yang bertulis CCC. Alhamdulillah dah dapat bulan 2 hari tu..



Dengan sijil inilah pemaju dah siapkan rumah 100% dan boleh handover kunci pada pembeli tapi dari bulan 2 kuncinya belum dapat! alasannya tunggu elektrik dan air supply.

Bertabahlah lagi..ingatkan dah dapat CF kunci pun dah dapat! ni...kena tunggu lagi...


Posted via Blogaway


Viewing all articles
Browse latest Browse all 937