Selamat Tahun Baru 2016 semuaa!!
Alhamdulilah nampak dah siap... bertambah ketidaksabaranku untuk melihat rumah ku siap sepenuhnya dan layak di duduki..
Inilah gambar tong sampah & peti surat ku... tapi yang tak bestnya tong sampah ni... tak de pintu dari dalam rumah so kalau nak buang sampah kena buka pagar keluar baru boleh buang sampah...huhuhu
Luar dalam dah cat, dah cuci lantai cuma sekarang pekerja tengah check defect. mana mana tempat yang retak/crack mereka tampal balik.
Living hall
Hall. Nasib di pisahkan antara living hall dan dining hall.. kalau jenis hall memanjang pening juga memikir nak deko camner..
Inilah gambar ruang tamu daku... Kecil je kan saiz ruang tamu daku... cukup muatla 1 set kerusi. meja dan tv..huhuhu
Bilik
Bilik ada 4, bilik air ada 2.
Bilik ada 4, bilik air ada 2.
Master BedRoom
Kecil je, Muatlah nak letak katil, meja solek, dan sebuah almari...Plan nak buat wardrobe built in. tak tahu la muat ke tidak..
Kecil je, Muatlah nak letak katil, meja solek, dan sebuah almari...Plan nak buat wardrobe built in. tak tahu la muat ke tidak..
Bilik air dalam master bedroom... dalam bilik air ni ada shower, sinki dan yang paling penting ada jamban duduk...
Gambar kat atas ni pula bilik belakang sekali yang ke-4. Kecik sikit berbanding bilik lain. so daku decide untuk dijadikan STOR...
Ini adalah ruang masuk antara bilik master bedroom dan bilik kedua. macam nak letak gambar kat dinding tu...
Ini gambar toilet kedua... Terletak di dapur... Dua-dua tandas gunakan shower dan tandas duduk.
nampak tak crack tu.. sekarang pekerja pecahkan balik dan tampal simen baru.. harap tak banyak la defect nanti..
Sekarang tengah tunggu CF dan kunci rumah je.. bila dah dapat kunci rumah macam-macam dalam kepala pikir nak buat, nak pasang grill, masuk api air, buat kitchen cabinet, wardrobe, basuh rumah dan buat kenduri housewarming.. kalau dah bersalin time tu boleh la buat kenduri aqiqah sekali kat rumah baru.. hehehhee
Moga di permudahkan segala urusan... Amin