Bila pertama kali jadi ibu dulu excited beli barang-barang baby ikut checklist. ada yang masih boleh berguna untuk anak nombor dua ni. guna apa yang ada. tak la membazir kan.. zaman GST hoii!! jimatt.. kihkihkih

betul kan mengandung anak kedua paling penting diapers dan wipes tu. yang lain boleh guna pakai anak yang dulu. ekeke :p
tapi tak la sampai begitu sekali.. sekurangnya ada lah sepasang dua baju baby yang baru.
kebetulan hari tu pergi Aeon Seremban 2 beli :
1. Drypers Gift Set ni. lengkap syampoo,sabun, wipes dan pampers newborn 28!
2. Pampers newborn dan saiz S bundle dapat free gift blanket!
3. Baju baby 3 pasang berharga RM10-RM15
4. Mitten n booties 2 pasang
beli Stack Box siap roller ni kat MR DIY berharga RM39. memudahkan simpan baju baby. boleh buka depan dan atas. siap ada roda lagi. so boleh alih kemana mana..
nanti ingat nak beli box ni lagi kalau ada stok! senang pula nak letak keperluan berpantang nanti.
setakat ni tu jelah barang yang di beli. tinggal mama nak beli beg baby (sebab adik terbawa balik kedah) dan playpen/katil baby (sebab abglong hakimi lasak) yang lain recycle abanglong hakimi punya. jimat!