SSPN-i merupakan satu skim atau simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.
Cara untuk membuka akaun SSPN-i :
1. Dapatkan Borang Permohonan melalui ejen PTPTN atau muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i.
2. MyKad asal dan salinan
3. Mykid dan Sijil Kelahiran asal dan salinan (anak)
4. Duit deposit minima RM20
Ejen PTPTN adalah seperti berikut :-
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank Berhad
- Agro Bank
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
- Maybank.
Keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i :
- Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
- Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00
- Manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian diberi secara PERCUMA (tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan)
- Pemberian Geran Sepadan (RM ke RM) sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak (tertakluk kepada syarat dan peraturan)
- Kadar dividen yang kompetetif
- Dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan
- Simpanan serendah RM20.00
Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web SSPN-i PTPTN.
Alhamdulillah duit raya hakimi yang lepas di gunakan untuk membuka akaun SSPN-i sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. inshaaAllah..
Lepas buka akaun SSPN-i ni tunggu kad SSPN sampai rumah. kira nak sampai sebulan juga lah..pendeposit diberi resit dari bank dengan nombor rujukan sebagai rujukan untuk simpanan duit nanti.
settle!