Alhamdulillah selesai sudah 1 syawal yang penuh meriah. Seronoknya tengok orang upload profile pic raya baru. Cantik cantik semuanya..
Amacam dengan 1 syawal anda? Meriah? Dapat bergambar dengan sanak saudara semua? Mestilah ada kan...
Inilah gambar 1 syawal keluarga kecikku..
2015 bertiga..inshaaAllah 2016 berempat :)
pagi tu lepas kami suami isteri balik kerja siap2 pergi kubur arwah abg daku kemudian pergi rumah mertua 10minit dari rumah mak. Lepas solat jumaat gerak balik kampung belah suami di seremban sampai lewat malam.
Alhamdulillah satu hari raya pun dah banyak koleksi duit raya anaksoleh zulhakimi zaim tu.
Hari ni suami pula duty. Daku pula amik kesempatan berehat2 di rumah tunggu kedatangan orang beraya.. InshaaAllah raya ketiga esok balik kampung tangkak pula belah mak daku..
Eh korang..!! ramaikan tema biru tahun ni.. sedondon la kita ye tahun ni. Hahahaha takpe sharing is loving. Lalalala
