Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Tempat-tempat Menarik di Cameron Highland

$
0
0

Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron Highland pada 30.4.15-1.5.15. Tu pun kebetulan cik suami ambil barang kursus di Lumut.

Perjalanan bermula dari Lumut-Tapah. Di sebabkan kami pertama kali pergi CH ni jadi ikutlah jalan Tapah ni. memang jalan bengkang bengkok sampaikan hakimi mabuk muntah dalam kereta. huuu -_- hujan juga sana. tapi sempat singgah;

1.Hutan Lipur Lata Iskandar, Tapah.
bestnya kalau dapat mandimanda air gunung. sejukk :)



perjalanan di teruskan Tapah-Ringlet-Tanah Rata. Di sebabkan hujan dan takut hotel full sebab keesokannya cuti Hari Pekerja, jadi kami terus cari hotel.Alhamdulillah menginap di HOtel SunBirds Tanah Rata, semalaman RM85! not bad lah :)


keesokkan pagi pergi tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni antaranya:

1. Ladang Teh Bharat 


kami memilih Ladang Teh Bharat, Juga dikenali sebagai Cameron Valley.sebab lebih mudah untuk lawati berbanding ladang Boh kerana ia berdekatan dengan jalan besar.



2. Taman Agroteknologi MARDI 




Masuk seorang RM3 baya hakimi free.. sebelum pergi tamannya bergambar buat kenangan di sini. RM25 untuk gambar besar :)

Di sini boleh melihat bunga-bungaan beraneka warna, taman herba, buah-buahan, sayur sayuran, ladang teh, dan buah strawberry. serta taman rabbit. hakimi suka tengok rabbit!


dapat la makan jus strawberry RM2, strawberry coklat RM2 dan 1 pek strawberry RM6.

3. Big Red Strawberry Farm


The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat kita lihat tanaman strawberry sambil merasai beraneka hidangan seperti muffin, donut dan aiskrim berasaskan buah berkenaan. ada pokok kaktus, sayur sayuran juga. salad fresh!



4. Taman Rama-rama

Taman rama-rama di kawasan Kea Farm menempatkan pelbagai spesies rama-rama di samping reptilia lain seperti ular dan katak serta serangga seperti kumbang dan kala jengking. Masuk RM5 dan baya hakimi free. 




masa masuk ni hakimi tido. gagahkan juga dukung dia.. bila mama papa sibuk bergambar dia pun bangun. hehehe



Bee Farm depan sikit dari Taman Rama-rama. ni kami tak masuk..rasa macam tak penting..hehe


Itu je la antara tempat menarik yang sempat daku sekeluarga singgah di Cameron Highlands. Sehari memang tak cukup nak pergi semua tempat, lagi-lagi bawa anak kecil macam hakimi.meragamnya boleh mama jadi hulk!!

selain itu Cameron Highland ada tempat menarik lagi seperti:

-Lavendar Farm
-Kea Farm
-Cactus Valley -Lokasi Cactus Valley berdekatan dengan Big Red Stawberry Farm, peminat cactus boleh singgah sini.
-Muzium Time Tunnel
-Ladang Teh Boh Sg Palas


nak turun dari Brincang pula jem dan hujan. gagahkan juga untuk balik PD.. tak sempat nak beli cenderahati banyak-banyak. yang dapat seketul dua kotak teh Cameron Valley, fidge magnet, dan keychain.. tshirt tak sempat beli :(

air teh Cameron Valley sedapkan..wangii! harummmm~~




semoga berjumpa lagi Cameron Highland!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Trending Articles