Buat pertama kalinya singgah berhenti di Menara Condong Teluk Intan semasa dalam perjalanan ke Tapah dan Bidor dari Manjung dan Lumut hari tu..
Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
Tapi masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.
Faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
sayang tak sempat nak bergambar dalam menara ni.. huu~
selain Menara Condong apa lagi menarik di Teluk Intan ye?? orang perak meh kabor sikit..hehehe