Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Doktor Pesan Jangan Bagi Kanak-kanak Minum Vitagen Kerana Menyebabkan Kanser

$
0
0





Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.

Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

Ini termasuk :

1. Pesakit HIV / AIDS

2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.

3. Pesakit diabetes

4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi

5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis

6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE

7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid

8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser






Viewing all articles
Browse latest Browse all 937