Mama dah lama perasan, hakimi kalau buat sesuatu benda banyak menggunakan tangan kiri. Bahkan makan pun tangan kiri. mama dan papa bukannya kidal dan cara kami ajar pun guna tangan kanan. Mama tak kisah sebenarnya kalau tangan hakimi kidal tapi kisah kalau nak makan pun pakai tangan kiri. Tak best la macam tu kan..

Kalau melukis/menconteng begitu la gayanya menggunakan tangan kidal.
Orang cakap bagus seseorang bertangan kidal ni sebab menggunakan otak sebelah kanan yang kemungkinan besar boleh menjadi genius dan mempunyai IQ yang tinggi.
Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti,muzik dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
walau apa pun mama tak kisah pun mana-mana..janji hakimi belajar rajin-rajin, dengar cakap dan membesar jadi anak yang soleh. Amin..