Tabung Haji (TH) menyarankan anda agar membuka Akaun Simpanan TH bagi anak anda seawal kelahiran dan seterusnya mendaftarkan haji untuk mereka setelah jumlah simpanan tersebut mencapai RM1,300 (*jumlah minimum syarat pendaftaran haji)
Alhamdulillah Zulhakimi zaim lahir je mama dah bukakan akaun Tabung Haji untuknya. sikit sikit menabung lama lama jadi bukit..
sekarang dah cukup RM1300 mama daftarkan haji untuk hakimi pula.
kalau nak tunggu dia daftar sendiri, entah bila tahun la dapatnya. sedangkan sekarang pun dapat giliran tahun 2079!
masa tu tak tahu la mama dan papa masih hidup lagi ke tak...huuu
ahhh sedih pula -_-"
oh ye...sekarang dah mudah.. akaun tabung haji pun dah ada online banking mytaha.
jadi mudahlah nak semak baki, pendaftaran haji, pindahan simpanan dengan mytaha :)
Jom kita start menabung,simpan dan daftar haji.. sesungguhnya menabung adalah amalan mulia bak kata pepatah,
‘beringat sebelum kena, berjimat sementara habis’.
Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’.