Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

11.12.14 Ulangtahun Perkahwinan Ketiga

$
0
0

~11.12.11-11.12.14~ 
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Ke-Tiga Tahun 
^______^




Walaupun daku dan encik suami merupakan pasangan long distance married. sorang di semenanjung sorang di Sabah.. tapi itu bukan alasan untuk tidak bahagia.

Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian,
Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa ujian dan dugaan,
Allah melatih kita dengan kesabaran dan kesakitan.

Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang,
Kecuali dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Percayalah,
Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya,
Dan pasti ada bahagia yang menanti kita di penghujung jalannya nanti..

Suamiku,

Aku ingin mencintaimu kerana agamamu,
Aku ingin menyayangimu kerana akhlakmu,
Aku ingin bersamamu kerana Allah.

Maka,
Terimalah aku seadanya,
Kekuranganku akan menjadi pelengkapmu,
Dengan izinNya....

Suamiku,

Cintailah aku tanpa menduakan...kasihkanlah aku tanpa herdikkan. lindungilah aku tanpa tinggalkan. kerana cinta, kasih dan sayangku tak pernah berkurangan sejak kau lafazkan akad pernikahan...


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke Tiga Suamiku Zulkhairi Syafiq Bin Zulkpli..
Moga Baitul Muslim kita terus berkekalan sampai ke JannahMu Allah Ya Rahman Ya Rahim... 
♡♥♥♡ I love U till Jannah suamiku..





Viewing all articles
Browse latest Browse all 937