Ramai tak tahu waktu pengambilan ubat yang betul. tu sebab ubat perlu di ambil dengan cara yang betul untuk dapatkan kesan optimum ubatan itu terhadap penyakit. ia juga untuk mengelakkan kesan yang tak di ingini.
anda boleh berpandukan pamplet ini untuk dos ubat anda tu.
Dos sekali sehari :- jam 8.00 pagi selepas sarapan pagi.
Dos 2 kali sehari (setiap 12 jam) :- jam 8.00 pagi selepas sarapan dan jam 8.00 malam selepas makan.
Dos 3 kali sehari (setiap 8 jam) :- jam 6.00 pagi selepas sarapan,jam 2.00 petang selepas minum petang, jam 10.00malam selepas makan malam.
Dos 4 kali sehari (setiap 6 jam) :- jam 6.00 pagi selepas sarapan,jam 12.00 tengah hari selepas makan , jam 6.00 petang selepas makan dan minum petang, jam 12.00 malam selepas makan.
Sebaik-baiknya makanlah ubat, selepas makan, sebab kalau makan perut anda kosong boleh menyebabkan gastrik.
Jika ingin mengambil sebarang ubat, sila pastikan berbincang dengan doktor. Ini penting terutamanya bagi individu yang mengandung, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan.
Jika mempunyai alahan, sila dapatkan kad alahan dan sentiasa membawa kad tersebut apabila berjumpa dengan doktor / ahli farmasi.