Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Tempat Menarik Di Sabah

$
0
0

Dua tahun tinggal Sabah. belum habis ronda-ronda satu Sabah lagi. encik suami terlebih dahulu pindah semenanjung. nampaknya memang tak dapat la nak jalan-jalan satu Sabah lagi. huhuhu  mana tahu datang sabah lagi bila bercuti nanti kan... inshaaAllah Amin..

Memandangkan sekarang cuti-cuti sekolah.. apa kata melancong kat bumi borneo ni..

Antara tempat menarik di Sabah ialah:

Rumah Terbalik (Upside Down House) 

Bila sudah masuk Tamparuli dan memasuki Tuaran, Jangan lupa singgah salah satu rumah yang dibina secara terbalik yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan untuk datang ke Tamparuli, Sabah.



Pekan Nabalu 

Terasa kesejukan apabila melalui kawasan yang lebih tinggi dari awan. Sepanjang perjalanan menaiki bukit disajikan pula pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Pekan Kundasang dan Ranau mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan.

Sebelum sampai kundasang jangan lupa singgah Gerai Pekan Nabalu. banyak cenderamata, kraftangan, baju2-baju ada di jual di sini.. murah2 tau!




Kundasang, Gunung Kinabalu 

Terletak di Daerah Ranau, Kota Kinabalu Sabah. Di sini lah boleh lihat gunung kinabalu yang tersergam indah!





Kinabalu Park 


Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya korang berkunjung ke sini korang dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat sejuk dan berkabus. kat sini juga tempat orang nak mendaki Gunung Kinabalu




Kundasang War Memorial 

Terletak di Kundasang, lebih kurang 90 km atau 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Taman Kinabalu. Ini tempat peringatan kepada askar-askar British yang terkorban masa perang dulu kala




Desa Diary Farm

Salah satu tempat pemandangan yang cantik di Kundasang. Desa Dairy Farm tengok lembu hitam-putih seperti di New Zealand.. juga di kenali sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd. boleh beli air kotak susu lembu fresh dan merasa aiskrim susu lembu.. sedappp!





Poring Hot Spring 

Merupakan kawasan rekreasi yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dengan kolam mata air panasnya. Dalam ni juga ada tempat menarik seperti jambatan gantung,Gua Kelawar, Taman Kupu-kupu tetapi nak masuk setiap satunya kena bayar. huhuhu 





Lok Kawi Wildlife Park

Terletak di Putatan Sabah, perjalanan 30 minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke sini. Terdapat pelbagai haiwan unik yang boleh korang lihat seperti Kuda Padi, Orang Hutan, Harimau dan Selembu (kacukan seladang dan lembu). 




Muzium Sabah

Belajar sejarah lama-lama. selain tu terdapat kampung warisan di mana terdapat banyak rumah-rumah suku kaum di sabah ni





Jesselton Point 

Merupakan jeti di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak tidak jauh dari Suria Sabah. Bot-bot disediakan untuk ke lima pulau berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Pulau Sapi paling sesuai untuk snorkeling dan Pulau Manukan pulau yang paling cantik antara semua.



Signal Hill/ Bukit Bendera

Ni kira check point bagi orang di KK.. nak tengok permandangan bandar kota kinabalu dari atas bukit..



Pasar Malam Kampung Air

kat sini la daku suka beli mutiara,brooch,rantai,gelang banyak-banyak borong dengan harga murah!



Pasar Filipin

Pasti ramai pernah dengar nama ni kan.. haa.. ini lah tempat shooping untuk beli perbagai cenderahati untuk di bawa balik semenanjung. Ada dua pasar, satu pasar basah dan satu pasar kering yang jual cenderahati,mutiara dan baju-baju. di sebelah pasar pilipin ni pula ada bazar/pasar yang jual makanan fresh seafood macam lobster, udang galah dll..



Actually banyak lagi.. tapi belum berpeluang nak round 1 Sabah lagi.. dari honeymoon,pregnant, dan hakimi 3 bulan tak jemu-jemu pergi sini.. inshaaAllah harap berkesempatan bercuti di sini lagi nanti sebelum pindah semenanjung. InshaaAllah...

apa-apa pun Sabah best!!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Trending Articles