Kan sebelum ni berbelah bahagi nak beli Rumah Baru atau Rumah Second Hand [link entry] atas nasihat kawan-kawan ramai suggest beli rumah baru kalau guna pinjaman kerajaan di mana semua pemaju yang uruskan.
10 Oktober 2014- Daku dah booked rumah deposit RM100.[duit ni nanti dapat balik]. masa tu pun tinggal 4 unit je lagi. InshaaAllah siap Julai 2015 nanti. rumah ni dekat dengan Politeknik Port Dickson, Ostrich Farm. Taman Belida. Single Storey Terrace. Size 20x70. 4bilik 2bilik air. Bumi lot dan Freehold :) Memang ku suka rumah teres!
Freehold: tanah pegangan bebas tiada sekatan.. freehold boleh diwarisi pada anak cucu kita nanti kerana freehold land punyai geran individunya sendiri dan kekal selama-lamanya.
Bumilot: Pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputra saja. kalau nak jual rumah ni kena jual kat bumi saja. dan dapat diskaun lagi.

rumah contoh
Dah nampak rupa bentuk rumah. tiang baru naik. makin tak sabar nak duduk rumah sendiri.. harap-harap siap lebih awal dari itu. Tapi bila pikir perbelanjaan nak masuk rumah baru ni nanti sakit otak pikir nak cari duit nak renovate, nak interior design. takpe la ukur baju di badan sendiri ye tak... hehehe
Sekarang ni tengah siapkan dokumen-dokumen. loan pun dalam proses lagi. mudah-mudahan berjalan dengan lancar. Amin..
p/s: next step pinjaman perumahan kerajaan...