Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang ianya letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri.
Sekiranya sel telur terletak pada sebelah kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, akan lahir bayi perempuan.
Macam mana teori pembentukan jantina anak?
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur mengiring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh mengiring.
3. Hasilnya : Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah di pancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan dan jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah di pancutkan atau ke kemuncak dahulu, kemudian tidurlah mengiring ke kiri.
Ini juga merupakan usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi’i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya “Al Azmatus Zaujiyah wa’ilajuha” -
“Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.
Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba. Alhamdulillah anak sulung lelaki sebagai ketua dan menjaga mama,papa dan seluruh ahli keluarga kelak :)
*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*