Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Ketaatan Suami Lebih Utama Berbanding Ibubapa

$
0
0



Adat lah bila perempuan dah kahwin tempat isteri haruslah di sisi suami. Namun jika ada pertembungan antara arahan suami dan ibubapa, ketaatan suami lebih utama. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan:

Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Hadis dari Anas yang menceritakan;

Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). 


Maka di sini isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidak berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka melalui telefon atau sebagainya untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.

Subhanallah!! betapa besarnya tanggungjawab isteri kan.. bukan mudah. tapi jika kita taat pada suami even terpaksa abaikan ibubapa. ibubapa juga mendapat pahala kerana anak perempuannya taat pada suami. MasyaAllah.. marilah kita menjadi isteri yang solehah :)





Viewing all articles
Browse latest Browse all 937