Alhamdulillah selesai sudah Majlis Cukur Jambul, Aqiqah dan Berendoi Anakanda Zulhakimi Zaim pada Hari Selasa 19 Nov lalu di rumah mertua :)
pelamin yang gorjes ni dari butik Anggun Bridal..
fb Carolina Lynn Lopiter Angele di sponsor oleh keluarga mertua..
fb Carolina Lynn Lopiter Angele di sponsor oleh keluarga mertua..
Alhamdulilah rezeki anakanda hakimi..

majlis di mulakan jam 3petang untuk pihak perempuan seperti marhaban, cukur rambut dan berendoi.
hakimi berbaju kemeja kotak-kotak kuning seronok je duduk dalam buai ni..



very good boy hakimi walaupon tak tidur tapi tak meragam malah muka macam pelik je time gunting rambut. wakaka :P


time ni berendoikan hakimi.. nyanyi2..

kumpulan marhaban perempuan..
majlis selepas isyak untuk pihak lelaki orang masjid..


di sebabkan suami tak balik cuti maka abg kandung dan ayah jijah ambil alih untuk mengendong hakimi mengelilingi orang masjid..

anak mama hakimi yang sangat comel! lena tidur~

hot mama! okehh perasaan sudaa~~
Alhamdulillah sepanjang majlis ni hakimi sangat beri kerjasama.. tak merengek.. senang nak bawa mengelilingi orang marhaban untuk cukur jambul.

Terlaksana sudah aqiqah hakimi 2ekor kambing serta bercukur rambut..
Doa dan harapan mama agar Zulhakimi Zaim mama dan papa ni membesar jadi anak soleh, taat ALLAH, ikut RASUL, patuh mama dan papa, turut perintah agama, jadi anak yang bijak lagi cerdik dan moga berjaya dunia dan akhirat.. mama sayang hakimi hingga ke jannah! Amin..