Quantcast
Channel: Cik Azizah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 937

Tiba Masa Untuk Transfer Semenanjung

$
0
0

Berbagai ujian.. dugaan jijah semasa tinggal di sabah ni.. dah la jauh dari keluarga.. jauh pula dari suami. hidup berdua dengan anakanda tercinta..menguruskan anak dan berdikari sendiri.. 

2014 ni saja jijah di beri ujian dengan kesihatan kurang baik di mana jijah kena appendik dan operate. terpaksa balik kampung berehat.. sekembali dari cuti sakit dua bulan di semenanjung jijah dah pikir masak-masak untuk transfer ke semenanjung kembali..

setahun 8bulan sudah jijah kerja di sabah :) seronok sangat tinggal sini.. tapi itulah jauh...sakit susah takde sape nak tolong.. 




ya.. mesti akan cakap macam mane dengan suami jijah?? dulu beriya2 nak duduk sabah ikut suami. sekarang balik ke keluarga pula... 
inshaaAllah lepas jijah transfer semenanjung dia akan draft semenanjung juga. lagipon dia duk sabah pon dah 5tahun. tiba masa untuk balik juga.

biar jijah balik semenanjung dulu sebab encik suami akan uruskan kontena untuk bawa barang-barang rumah macam perabot, peti ais dll.. tapi bila dia transfer semenanjung pun bukan dapat tinggal sama2.. jijah dan suami akan menjadi PJJ balik.. alaa takpe la kan.. jijah sudah biasa tu jauh2... lagipon dia tentera laut mesti akan berpindah randah.. jadi better jijah balik kampung :) kami kan satu kampung.. hihihi

semoga Allah permudahkan urusan proses transfer tu. dan transfer secepat yang boleh. Amin...



p/s: minit mesyuarat kkm bulan 6.. kalau cepat bulan 8.. paling lewat bulan 10 atau 1.. mudah2 transfer secepat yang boleh..Amin ya rob!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 937