Hari tu last minit beli tiket flight encik suami balik semenanjung. sekali bila nak buat payment takde thru maybank2u. ahh sudah! macam mana nak beli tiket ni...??
bila update status kat facebook nasib baik ada akak ni ajar guna debit card!
serius pertama kali tahu boleh guna debit card.. ingatkan debit card tu kad kredit.. so, apa salahnya daku pula kongsi ilmu tu ye tak...
meh nak ajar sikit cara beli tiket flight guna debit card.
1- Booking flight yang kita nak beli tu.. dah siap.. klik search
2- Select masa jam berapa korang nak balik.. dah siap..klik continue
3- Isi maklumat traveler, lugage, meal kalau nak.. klik continue
4- Pilih seat yang korang nak duduk then confirm
5- Payment. jika korang booking flight last minit.. direct debit macam maybank2u, cimbclicks dia tak akan keluar macam ni..
jadi cara lain nak beli online kena guna debit card kalau takde kad kredit.
klik kat credit card/debit card warna merah tu..
akan keluar camni..
ok sila ambil kad maybank korang tu..
a) Card type: jika kad maybank korang tulis master card. korang key in master card
b) Card Number: Nombor yang panjang di hadapan kad anda
c) Card Holder Name: Nama penuh anda
d) Expiration Date: key in exp date kad korang
e) CVV: Kat signature ada 3 nombor kan.. key in yang 3 nombor tu
f) Card Issue: Maybankard
g) Card Issuring Country: Malaysia
ok dah siap isi.. scroll bawah.. isi semua tu.
submit payment dah siap..
dah tahu ni senang sikit la nak beli tiket flight kalau tak dapat guna maybank2u.. yela nak beli kat kaunter tu mahal ooo... hehe
tapi kalau kad bank hilang agak bahaya guna cara ni kan..sebab semua details ada kat kad maybank tu.. hohoho