Rabu lalu daku dimasukkan wad lagi sebab pagi tu perasan tempat post appendictomy tu bengkak,keras,panas.. pelik nape tiba2 bengkak.. so petang tu terus pergi hospital lepas kawan balik melawat.
Pergi kecemasan cek rupanya suhu 40 darjah. Padahal kat rumah aku rasa sejuk je.. Ni memang ada jangkitan.. jadi kena set ivline.. ambil darah masuk air.. doc nak refer doc surgical pembedahan utk tengok kes daku..
Bila keputusan darah balik tengok result memang ada jangkitan. Doc buat ultrasound tengok kat tempat tu ada nanah dan perlu operate.. Doc nak tahan wad tapi daku refuse sebab memandangkan sabtu balik sabah kononnya nak buat operate tu kat sabah. Sekali atas nasihat kawan2,keluarga dan suami daku akur di masukkan wad dan buat di sini..
Petang rabu tu juga masuk wad.
Hari khamis buat ultrasound kat tempat bengkak tu doc tengok memang ada nanah dan darah tapi dekat kulit. Syukur takde la nak masuk bilik bedah operate lagi..
Jadi malam tu juga doc buat I&D incision n drainage keluarkan nanah.. ala macam keluarkan bisul tu.. haa gitulah.. doc bagi ubat bius kat tempat bengkak tu dan potong.. doc kata nanah kemain banyak dalam 20mls.. nanah meleleh leleh keluar.. Allahuakbar! Terasa juga sakit walaupun di bius.. doc cuci2 dan packkan gauze kat tempat berlubang tu.. nurse kata lubang dalam 2inci.. panjang doc potong 3cm.. korang bayangkan punya dalam lubang tu n doc tak jahit balik. Berlubang la belah kanan perut daku ni cuma di tutup dengan gauze ja..
Sekarang kena dressing/cuci hari2 supaya isi daging cepat naik dan bercantum semula.. bila isi dah naik takde lah kena jahit. Harap2 cepat la isi naik.. nak jalani kehidupan macam biasa..
Moga ini yang terakhir dan berharap lepas ni terus sihat. Cepat sembuh dan kuat menjalani kehidupan seharian.. Amin ya robbal alamin..